Kelas Ict - Resume

7 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin, 6 Mei 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Kelas ICT – Resume. Kelas ini telah disertai oleh Puan Sheila yang ingin mengemaskini resume kerja dan membuat softcopy mengikut standard resume terkini. Kelas ini telah berlangsung selama 5 jam iaitu bermula dari pukul 10:00 petang sehingga pukul 2:00 petang. Menggunakan laman sesawang, Canva, ia merupakan platform reka bentuk grafik dengan pelbagai template rekaan grafik untuk dipilih. Template resume juga boleh didapati dalam pelbagai contoh, warna dan layout. Selain itu, Canva juga boleh digunakan untuk mengedit gambar dan poster.

Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Oversharing”. Isu oversharing ini telah menjadi isu yang kerap kita dengar sehingga pengguna sosial media leka dan lalai berkongsi maklumat peribadi mereka di dalam internet. Hal ini bukan sahaja membawa kepada masalah penipuan atas talian, tetapi juga jenayah yang lebih berat seperti menyalahguna identity untuk tujuan yang lain. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali